Sampah angkasa
Sampah angkasa

Sampah angkasa

Reja angkasa atau sampah angkasa (space debris[1], space waste atau space junk) ialah sisa-sisa bahan buatan terpakai yang ditinggalkan di angkasa lepas terutamanya dalam orbit Bumi seperti satelit lama dan sisa bahagian roket yang tertanggal hasil penguraian, hakisan mahupun pelanggaran dengan objek lain.Sebanyak 17,852 objek buatan manusia telah dijejaki di orbit atas Bumi setakat 5 Julai 2017,[2] termasuk 1,419 buah satelit yang masih beroperasi.[3] namun kesemuanya cukup besar untuk dijejaki. Sebanyak 170 juta reja dikesan yang berukuran lebih kecil daripada 1 sentimeter (0.4 in), sekitar 670,000 kepingan reja dalam julat 1–10 sm, dan sekitar 29,000 reja bersaiz lebih besar yang dianggarkan tersebar sepanjang orbit Bumi setakat bulan Julai 2013.[4]Pelanggaran dengan sisa-sisa ini membahayakan kapal angkasa yang lalu-lalang lalu tercalar melaluinya, terutama komponen panel suria dan alat optik seperti teleskop yang tidak dapat diberikan perlindungan yang seeloknya atas sebab tertentu.[5] Kadar kemungkinan pelanggaran reja-reja ini yang meninggi juga boleh menyebabkan orbit Bumi tidak boleh ditembusi sekiranya keadaan ini berterusan tanpa wujudnya pengurusan yang sesuai.[6]

Rujukan

WikiPedia: Sampah angkasa http://images.spaceref.com/news/2009/ODMediaBriefi... http://www.worldsciencefestival.com/2014/06/space-... http://www.spiegel.de/wissenschaft/weltall/weltrau... http://www.esa.int/Our_Activities/Space_Engineerin... http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=reja+angkasa&... http://www.satview.org/decay.php http://www.theglobaleducationproject.org/earth/glo... http://www.ucsusa.org/nuclear_weapons_and_global_s... http://www.eagletv.co.uk/home/space.htm https://orbitaldebris.jsc.nasa.gov/quarterly-news/...